Wednesday, February 9, 2011

Kelebihan Malaysia

Di Malaysia, terdapat pelbagai bidang yang dapat diceburi dan telah mengharumkan negara ke peringkat antarabangsa. Malaysia juga telah menjadi sebuah negara yang maju dan setaraf dengan negara yang lain. Antara bidang-bidang dan kelebihan yang ada di negara ini ialah :

Bidang Perubatan
Tahap pencapaian bidang perubatan di Malaysia setanding dengan peringkat antarabangsa yang maju seperti India, Singapura, London, Amerika Syarikat, dan lain-lain. Hospital-hospital juga telah menggunakan teknologi terkini seperti yang telah dipraktikkan di seluruh dunia. Cara lama tidak lagi digunakan dan telah digantikan dengan cara yang lebih selamat dan teliti.